Wednesday, July 3, 2013

Hukum memakai inai dijari (untuk pengantin lelaki)

Hai dan Assalamualaikum

Selepas asyik membaca n mengusha blog org je..terasa nk ad blog sndiri..jgn terasa muntah dengan blog kte nnti yek..

First Entry kite berkaitan ngan benci...hehe..


Benci
Benci
Benci
Benci
Benci

K cukup2..ckup 44x benci ak ngan die nnti..Hehe..benci2 manje..leh kn..=)
berdasarkn perbicaraan ak ngan En Tunang..First entry dh bnci kn..

Kite  : " Nnti malam nikah, kte sanding malam berinai yek"
Die   : " X nak berinai"!!! 
Kite : Sekali seumur hidup je. Orang lain semue berinai..3 jari je pun
Die  : Muktamat!

terus terdiam kite..

Dalam hati..benci!..
Tapi bila hati dah tenang..Jom kita cari..kenape si Die 2 x nk berinai di hari bahagia..=(


Sumber Cina islam

Diharamkan mewarnakan badan seperti tangan dengan inai dan seumpamanya bagi orang lelaki melainkan ada keperluan seperti perubatan dan sebagainya.

Imam Nawawi dr ulama mazhab syafie telah berkata:Adapun mewarnakan tangan dan kaki dgn inai adalah disunatkan bagi wanita yg berkahwin berdasarkan hadis2 yg masyhur; dan diharamkan kpd lelaki melainkan kerana keperluan perubatan dan seumpamnya.

Pengharaman ini telah disokong oleh ulama dr mazhab lain seperti disebut dlm kitab Fatawa Hindiah, Fatawa hindiah, Fathul Bari dan lain2.

Dalil pengharaman adalah seperti berikut:

1. Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yg diharamkan syara'. Nabi bersabda:
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (HR Bukhari)

2. Hadis berikut:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزعف الرجل.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melarang lelaki untuk memakai wangian Za'faran. (HR Bukhari dan Muslim dan lain2).

Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za'faran.


4. Hadis dr Abi Hurairah:

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء الله ، فقال رسول الله صلى الله: ما بال هذا؟ قالوا يتشبه بالنساء فأمر به فنفي إلى النقيع.

Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang meneyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah s.a.w bersabda: "Kenapa dengan lelaki ni?" Para sahabat menjawab: "Dia menyerupai wanita" Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie'.(HR Abu Daud). Sanad yg lemah.



Ini sebab nye yek.
So, x pe lah yang, klu x nk pakai..Boleh diterima..=)
Bagi yang x boleh terima, Mintak maaf banyak2.
Lebih baik kite tanya ustaz, bermuzakarah/  perbincangan secara face to face ngan ustaz lebih afdal dan detail. Kite penah dengar orang cakap " belajar tanpa guru, ibarat berguru dengan syaitan "

Banyak sebenarnye yg kita x payah ikot adat contoh nya acara menepung tawar di acara bersanding..tp....kalu kite brcakap ngan opah kite..mesti dia buat muka "comel" kn..hehe

Jom tgk pic..manis je kn..(sumber pakcik google)





Sekian..Feel free to comment.
Saya hanya mempunyai ilmu yang cetek..=)



15 comments:

  1. ooo yeke. Tapi kita tak tau la plak dia nak pakai ke tak inai..

    aku nanti kilah, pakai inai cam org lama2, takde lukis2. hehe

    ReplyDelete
  2. hehe..ak pun x de lukis2 jgk..tp mak n opah ak dh siap warning awl2..tkot!! klu nk buat jgk..preparation kwen...buat sorg2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah samelah kita..

      mokcik2 kata, pakai je inai lama2. aku x tau la cmne aku pakai inai nanti. udahla asyik nak ke tandas je. hahahahaha

      Delete
  3. hehe aku dulu 3 ari 3 mlm pkai inai sebab xlkat...hubby aku awal2 da ckp xnk pakai inai..so mlm berinai...tempek kat tapak tangan jek

    ReplyDelete
  4. amboi..3 hari 3 malam ko..hahahha..takot nye inai ak pun x merah wei !!!

    ReplyDelete
  5. Barakallah.. perkongsian yg best..tengah mencari2 hukum pemakaian inai.. thanks yep,

    follow kita balik ye,
    http://meafacundos.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Kalo didesak plak mcm mane ye??maklum la..org tua ni bila kita bangkang..merajuk plak..

    ReplyDelete
  7. Boleh pakai inai bg lelaki. .Tp bkn semua jari..sbb pengharamannya ialah menyerupai wanita..so inaikan 3 jari cukup la. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga awalan keliru, tapi sudah dijelaskan oleh Ustaz Kassim Elias... Lelaki boleh memakai inai bagi menandakan sudah menikah namun tidak boleh kesemua jari... Memadailah 3 jari sahaja.

      Delete
    2. Saya juga awalan keliru, tapi sudah dijelaskan oleh Ustaz Kassim Elias... Lelaki boleh memakai inai bagi menandakan sudah menikah namun tidak boleh kesemua jari... Memadailah 3 jari sahaja.

      Delete
  8. Sy skng nie konfius la... ade kata belah pihak kata bleh pkai inai 3 jari... ade belah pihak kata haram plak pkai inai tok lelaki... mohon pncerahan ??

    ReplyDelete
  9. Sy skng nie konfius la... ade kata belah pihak kata bleh pkai inai 3 jari... ade belah pihak kata haram plak pkai inai tok lelaki... mohon pncerahan ??

    ReplyDelete
  10. Sy skng nie konfius la... ade kata belah pihak kata bleh pkai inai 3 jari... ade belah pihak kata haram plak pkai inai tok lelaki... mohon pncerahan ??

    ReplyDelete